suria

Baru tiga hari bersalin, Aaliyah Massaid dikecam hadir ke majlis kahwin rakan baik

Aaliyah terlihat berseri walapun selepas bersalin.

KELIBAT penyanyi Indonesia Aaliyah Massadi pada majlis pernikahan sahabatanya iaitu Al Ghazali meraih perhatian ramai.

Mana tidaknya, Aaliyah, 23, baharu sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Jumaat lalu.

Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram, Aaliyah dilihat anggun mengenakan kebaya berona ungu dan diserikan dengan solekan sederhana pada wajahnya.

Aaliyah selamat bersalin anak lelaki.

Dia bagaimanapun tidak bersendirian ke acara tersebut sebaliknya ditemani suaminya, Thariq Halilintar.

Mereka juga dilihat tidak membawa anak sulungnya iaitu Ahmad Arash Omara Thariq ke acara tersebut.

Pasangan itu dipercayai meminta ibunya iaitu Reza Artamevia untuk menjaga anak mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar timang cahaya mata pertama, pilih nama Ahmad Arash Omara Thariq

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dalam kandungan asyik menendang sampai susah Aaliyah Massaid nak tidur

Perkongsian Aaliyah menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpendapat penyanyi itu tidak menjaga pantang selepas bersalin.

"Baru tiga hari bersalin sudah sibuk nak keluar, bukan jaga kesihatan. 

"Bersolek dan pakaian macam itu tak sesuai untuk ibu lepas bersalin.

Thariq sentiasa menemani Aaliyah ketika di hospital.

"Dia sepatutnya tak boleh keluar rumah selama 40 hari! Al pasti faham kalau dia tak datang majlis itu," antara komen netizen.

Untuk rekod, Thariq bernikah dengan Aaliyah pada 26 Julai tahun lalu.

Mereka dikurniakan anak sulung pada 13 Jun lalu melalui pembedahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain