suria

Tinggalkan minat menari, Vadel Badjideh lebih banyak solat di penjara

Vadel (kanan) rajin melakukan ibadah ketika berada di penjara.

SIKAP pempengaruh media sosial Vadel Badjideh telah banyak berubah selepas dia menjalani tahanan di penjara Cipinang, Jakarta, Indonesia sejak Februari lalu. 

Jika sebelum ini dia suka menari, namun kini Vadel memberitahu kehidupan hariannya lebih tertumpu kepada mendekatkan diri dengan agama. 

Malah dia juga berusaha untuk memperbanyakkan ibadah selain solat lima waktu. 

'

Vadel (kiri) didakwa menghamilkan Laura dan memaksa melakukan pengguguran.

"Saya tidak lagi menari di penjara tetapi saya lebih rajin untuk mendirikan solat," katanya kepada media di sana. 

Nama Vadel sebelum ini dikenali menerusi kandungan media sosial yang banyak memaparkan aksinya menari. 

Minatnya itu juga telah memberi ruang buat Vadel untuk mendapat penangguhan tahanan kerana terlibat dalam pertandingan peringkat antarabangsa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh menangis rindukan keluarga, kesihatan terjejas selepas sebulan dalam lokap

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh mahu kahwin anak Nikita Mirzani, nafi rogol dan paksa kekasih gugurkan kandungan

Pada 13 Februari lalu, Vadel ditahan Polis Jakarta Selatan atas dakwaan menghamilkan anak pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Mirzani sebanyak dua kali.

Malah Laura yang ketika itu dibawah umur turut dipaksa melakukan pengguguran oleh Vadel.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain