PENYANYI LeAnn Rimes berdepan detik memalukan apabila gigi palsunya tertanggal semasa membuat persembahan di The Skagit Casino Resort di Washington, Amerika Syarikat pada 20 Jun lalu.
Akibat terlalu malu, LeAnn, 42, akui dia hanya mampu mengeluarkan kenyataan selepas seminggu kejadian itu berlaku.
"Ketika itu saya berada di tengah-tengah pentas dan sedang menyanyi One Way Ticket, saya rasa sesuatu muncul di mulut saya.
LeAnn anggap kejadian memalukan sesuatu yang epik.
"Seperti yang anda semua tahu saya sudah banyak kali melakukan pembedahan gigi dan salah satunya tertanggal di atas pentas itu," katanya memetik laporan Page Six.
Tambah penyanyi ini lagi kejadian itu juga membuatkan dia merasa cemas ketika berada di atas pentas kerana mahu memastikan penampilannya sentiasa terjaga.
Malah ia juga telah mengganggu perjalanan persembahan kerana dia perlu mengambil masa untuk membetulkan semua giginya.
Dia juga berharap insiden sebegitu tidak akan berulang lagi di mana-mana acara akan datang.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman aksi intim LeAnn Rimes dan Eddie Cibrian
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Leann Rimes Failkan Perceraian
"Dalam keadaan yang panik saya berlari ke belakang pentas untuk memperbetulkan gigi saya sebelum kembali ke pentas dan menyanyi.
"Saya kemudian memberitahu semua penonton apa yang berlaku, jadi saat-saat akhir persembahan saya terpaksa menolak gigi saya berulang kali.
"Saya harap ini pengalaman pertama dan terakhir saya. Saya tak mahu pengalaman seperti ini lagi," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube