suria

Belum reda isu putus cinta, Orlando Bloom dilihat bersama wanita baharu

Orlando bersama wanita misteri dipercayai kekasih baharunya.

KETIKA khabar angin perpisahannya dengan penyanyi Katy Perry masih hangat diperkatakan, aktor Orlando Bloom dilaporkan sudah menemui pengganti.

Menurut laporan Page Six, Orlando hadir bersama seorang wanita misteri pada majlis perkahwinan Jeff Bezos dan Lauren Sánchez di Itali baru-baru ini.

Orlando mengenakan sut rona beige, manakala wanita tersebut tampil anggun dalam gaun berwarna hijau.

Kemesraan Orlando dan wanita misteri jadi perhatian.

Pasangan itu juga dilihat meredah hujan lebat sebelum menaiki bot untuk pulang ke hotel tempat mereka menginap.

Mereka juga seakan-akan tidak mempedulikan tetamu lain yang hadir ke acara itu sebaliknya bergurau mesra sehingga mengundang tawa yang kuat.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sejauh mana hubungan Orlando bersama wanita berkenaan.

Pada Rabu, rakan terdekat Katy Perry mendedahkan penyanyi berkenaan memilih untuk berpisah secara baik bersama Orlando selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sembilan tahun berakhir, Katy Perry dan Orlando Bloom berpisah secara baik

ARTIKEL BERKAITAN: Orlando Bloom ringan tulang buat kerja rumah, hubungan intim cara Katy Perry ucap terima kasih

Katanya, meskipun Katy berada dalam keadaan sedih namun dia berlapang dada kerana tidak perlu melalui satu lagi fasa perceraian yang memberi tekanan dalam hidupnya. 

Untuk rekod, Katy dan Orlando mula menjalinkan hubungan cinta pada 2016 dan bertunang tiga tahun selepas itu.

Mereka memiliki seorang anak iaitu Daisy Dove, 4, yang kini di bawah jagaan Katy. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain