JUARA Indonesian Idol musim ke-13, Shabrina Leanor tidak mengambil pusing dengan kritikan netizen yang mempersoalkan bentuk badannya dikatakan berisi.
Shabrina, 25, berkata dia tidak malu dengan fizikal yang dimiliki malah menganggap setiap kritikan diterima bukan satu masalah besar.
"Ramai yang cakap malulah dengan badan macam ini (gemuk), maaf saya tidak malu dengan badan saya.
Shabrina kekal positif dan tidak melenting apabila menerima kritikan.
"Kalau anda (netizen) ada masalah dengan badan saya, itu masalah anda bukan saya," katanya.
Shabrina berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Shabrina turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang begitu mengambil berat tentang penampilannya dan menegaskan dia tidak akan melakukan sebarang pembedahan untuk rawatan kecantikan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa segan silu tayang aksi bercium, 2 peserta Indonesian Idol dianggap tak sedar diri
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dedah skandal Fajar Noor, pengikut IG turun 20,000
Kata Shabrina, dia tidak akan berubah semata-mata ingin memuaskan hati netizen.
" Terima kasih untuk segala nasihat tetapi sekiranya saya melakukan demi kehendak orang lain, itu tidak bagus.
"Jadi berhentilah mengecam. Kalau saya tidak sempurna seperti idol (peserta Indonesian Idol) lain, ia kerana saya hanya jadi diri sendiri.
Shabrina menghargai setiap kecantikan dimilikinya.
"Saya menghargai kecantikan sendiri, wajah dan badan saya. Sampai sekarang saya tidak melakukan apa-apa rawatan pembedahan, saya bahagia," ujarnya.
Sebelum ini, Shabrina sering kali menerima komen negatif netizen yang menegur tentang bentuk badannya dikatakan gempal.
Malah, ada juga yang berpendapat pakaian digayakan Shabrina tidak sesuai dengan penampilan dirinya yang berisi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube