suria

Adam Levine serik cacah tatu, tak tahan rasa sakit bila usia bertambah

Adam tidak lagi berhasrat untuk menambah tatu.

VOKALIS kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine mendedahkan enggan menambah tatu baharu di bahagian tubuh kerana tidak tahan menanggung sakit.

People melaporkan, Adam atau Adam Noah Levine mengakui di usia 46 tahun ini, dia tidak mampu untuk melalui proses pembuatan tatu yang dirasakan semakin menyakitkan. 

Kata Adam, tatu terakhir yang di ukir adalah rekaan untuk menutupi lukisan lama di bahagian lengannya. 

Adam mahu berhenti mencacah tatu pada tubuh.

"Sekarang ini saya rasa lebih sensitif. Sewaktu melalui proses mencacah tatu, saya dapat merasai kesakitan yang terlalu berat. Saya rasa cukuplah setakat ini (cacah tatu)," katanya. 

Dalam pada itu, Adam memberitahu pertama kali dia mencacah tatu pada usia 21 tahun dan memilih rekaan bercorak burung merpati yang membawa maksud kedamaian. 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kantoi curang dengan model, Adam Levine dan isteri timang anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Ungkit kes curang, peminat tak puas hati Adam Levine kembali sebagai juri The Voice

Kongsi penyanyi lagu This Love ini, dia mahu menyebarkan mesej positif kepada orang ramai menerusi cacahan tatu yang ada pada tubuh badannya itu.

"Pada ketika itu, saya merasakan seperti mahu menyampaikan mesej melalui simbol kedamaian menerusi cacahan tatu pada tubuh badan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain