PENYANYI Hwasa terpaka menanggung derita masalah pendengaran selepas alat komunikasi di telinga (in-ear monitor) yang dipakainya meletup ketika membuat persembahan.
Menurut Hwasa, 28, kejadian itu juga berpunca dari kesilapan sendiri yang sering menaikkan bunyi ke tahap maksimum kerana mahu mendengar muzik dengan jelas meskipun sorakan peminat terlalu kuat.
In-ear monitor milik Hwasa meletup ketika buat persembahan.
“Sorakan peminat sangat kuat, jadi saya selalu naikkan volume in-ear ke tahap paling maksimum supaya boleh dengar muzik dengan jelas.
“Satu hari, in-ear monitor saya benar-benar meletup. Ia menyebabkan gegendang telinga kiri saya rosak dan saya juga alami tinnitus (telinga berdenging),” katanya.
Anggota kumpulan Mamamoo itu itu memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika mereka membuat persembahan di Boston, Amerika Syarikat April lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Hwasa tak selesa pakai baju dalam, ada masalah kesihatan mudah kembung perut
ARTIKEL BERKAITAN: Polis gugur dakwaan Hwasa (Mamamoo) buat aksi tak senonoh depan pelajar
Akibat insiden itu, Hwasa kini mengalami kesukaran untuk mendengar menggunakan telinga sebelah kiri.
Berkongsi lanjut, Hwasa juga menceritakan keadaan dia mengalami kesakitan pada bahagian kaki pada hari yang sama.
“Saya terlalu sakit dan tak boleh berdiri waktu itu, tapi saya fikir mahu atau tidak, saya kena teruskan juga. Saya tak sanggup hampakan peminat,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube