suria

Chris Martin tak sengaja kantoikan pasangan curang di konsert Coldplay

Pasangan kekasih (kanan) kantoi curang di konsert Coldplay.

MOMEN 'kiss cam' di konsert kumpulan Coldplay yang berlangsung di Gillette Stadium, Amerika Syarikat menjadi tular di media sosial apabila sepasang kekasih didakwa berlaku curang. 

New York Post melaporkan, vokalis Coldplay iaitu Chris Martin secara tidak sengaja menegur aksi romantis kedua-dua individu berkenaan tanpa menyedari mereka bukanlah pasangan suami isteri. 

"Oh, lihat pasangan ini. Sama ada mereka sedang menjalinkan hubungan sulit atau mereka sangat pemalu," selorohnya. 

Konsert Coldplay di Boston, Amerika Syarikat mula tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video tular di TikTok, lelaki yang dipercayai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi, Andy Byron didakwa berlaku curang dengan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat itu, Kristin Cabot. 

Byron dilihat memeluk Cabot, sementara tangan mereka saling berpegangan sehingga pasangan itu panik menyedari aksi mereka dirakam lensa. 

Cabot segera menutupi wajahnya sementara Byron terus tunduk dan menyembunyikan diri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Coldplay di KL paling ramai penonton... Capai kutipan RM3.8 bilion untuk siri jelajah dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Malaysia masih tagih konsert Coldplay, harap orang Singapura ‘let go’ tiket KL

Reaksi kedua-dua mereka itu menimbulkan spekulasi panas di media sosial lebih-lebih lagi maklumat peribadi mereka berjaya dikesan oleh netizen.

Dakwa netizen, Byron dikatakan sudah bernikah dengan Megan Kerrigan Byron dan Cabot pula bercerai pada 2022.

Difahamkan, pasangan itu terus beredar keluar daripada konsert selepas pendedahan hubungan mereka terbongkar pada malam konsert.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain