suria

Suka sangat pakai seluar ketat,  Suki Waterhouse alami angin pasang

Suki malu berkongsi kesakitannya bersama peminat.

PENYANYI dan pelakon Suki Waterhouse mendedahkan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tidak tahan menanggung kesakitan akibat hernia atau lebih dikenali sebagai angin pasang.

Suki, 33 tahun, berkata dia mengalami hernia disebabkan seluar kulit hitam yang dikenakan terlalu ketat semasa membuat persembahan dalam siri jelajah muziknya kira-kira enam bulan lalu.

Katanya, dia mengalami kesakitan pada dinding otot di bahagian perut dan pangkal paha sebelum dibawa ke hospital.

Suki kongsi keadaanya berada di hospital.

“Pernahkah kamu terfikir yang saya pernah pakai seluar yang terlalu ketat enam bulan lalu sampai menyebabkan saya mengalami hernia, dan saya terlalu takut untuk berkongsi perkara itu,” ujarnya.

Suki berkongsi perkara itu menerusi platform X miliknya yang memaparkan dirinya sedang terbaring di katil hospital.

Namun, keadaannya kini semakin pulih dan dia berhasrat untuk meneruskan kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalani kuarantin bersama, Suki Waterhouse disebut teman wanita misteri Robert Pattinson

ARTIKEL BERKAITAN: Suki Waterhouse Muat Naik Gambar Seksi Lepas Putus Cinta

Dia juga dijadualkan akan kembali membuat persembahan di beberapa festival muzik tahun ini.

Untuk makluman, hernia berlaku apabila organ dalam badan menonjol melalui tisu atau otot yang lemah.

Keadaan ini boleh menjadi sangat menyakitkan, terutamanya apabila melakukan aktiviti seperti membongkok atau mengangkat berat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain