suria

Penyanyi remaja didera ibu tiri, kena paksa kerja sara keluarga

Farel tidak pernah berjumpa ibu kandung sejak kecil lagi.

PENYANYI Indonesia Farel Prayoga membuat pendedahan mengejutkan apabila pernah menjadi mangsa dera yang dilakukan ibu tirinya. 

Menurut remaja berusia 15 tahun ini dia juga dipaksa oleh ahli keluarga lain untuk bekerja sebagai penyanyi jalanan bagi menampung kehidupan seharian.  

“Sejak umur 8 tahun saya disuruh jadi pengamen (penyanyi jalanan). Awalnya memang saya yang mahu tapi kemudian jadi pekerjaan. Kalau tak menyanyi tidak dapat duit. 

Farel dipaksa oleh ahli keluarga lain untuk bekerja sebagai penyanyi jalanan.

“Ketika kecil saya selalu diseksa. Saya pernah dihalau keluar rumah dan tidak dibenarkan tidur. 

“Dia (ibu tiri) benci saya kerana wajah saya mirip ibu kandung. Jadi setiap kemarahan dia akan lepaskan kepada saya,” katanya. 

Farel berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di rancangan podcast Denny Sumargo. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalah dera anak dan fitnah suami, Lee Areum dipenjara 8 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber dedah jadi mangsa dera, bekas kekasih puas kaut RM13.6 juta bunuh diri

Tambahnya bapa kandung bersama adik-beradik lain turut bersekongkol menyalahgunakan duit simpanannya. . 

“Ada satu hari saya dapati baki dalam akaun tidak mencukupi. Apabila ditanya semua mengatakan saya yang boros. 

“Kemudian kakak beritahu duit itu digunakan untuk beli kuda buat abang. 

“Mereka sepakat guna duit saya, tetapi apabila bergaduh semua rahsia terbongkar,” ujar. 

Tambah Farel sejak kecil dia tidak pernah berjumpa ibu kandung, namun mereka baru mula berhubung selepas namanya mula dikenali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain