VOKALIS kumpulan Noah iaitu Ariel mengundang perhatian ramai apabila tampil berdua bersama pelakon dan model Sophia Latjuba yang juga merupakan bekas teman wanitanya.
Menerusi perkongsian bekas teman lelaki Sophia, Bogdan Vlase berkongsi foto aktres berkenaan bersama anak perempuannya Eva Celia dan Ariel.
Dalam foto tersebut, penyanyi lagu Mungkin Nanti itu terlihat memeluk Sophia dan Eva daripada belakang.
Peminat berharap Ariel kembali menjalin hubungan bersama Sophia.
Rata-rata netizen teruja melihat perkongsian itu dan membuat spekulasi seandainya cinta mereka kembali berputik.
"Sukanya saya lihat foto ini, agak-agak mereka (Ariel dan Sophia) kembali bersama ke?
"Kenapa mereka berdua tak kembali menjalinkan hubungan sahaja, mungkin cinta lama boleh kembali berputik," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Ariel Noah guna pengalaman hidup, tak mahu terlalu tegas dengan anak gadis
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara kualiti video rendah, netizen kata Raffi Ahmad dan Ariel Noah nampak macam pakcik... “Tak sangka mereka artis”
Untuk info, Ariel pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sophia pada 2014.
Malah Sophia juga pernah terlibat dalam album Noah Second Chance: Taman Langit menerusi lagu Yang Terdalam.
Pasangan ini kemudiannya dilaporkan memutuskan hubungan pada 2018 selepas kedua-dua mereka dilihat tidak lagi bersama.
Meskipun tidak lagi bergelar pasangan kekasih, Sophia sebelum ini memaklumkan dia masih lagi menjalinkan hubungan baik dengan Ariel.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube