suria

Pelakon Korea hamil melalui proses IVF, guna sperma bekas suami tanpa izin

Si Young bersedia timang cahaya mata kedua.

PELAKON Lee Si Young didakwa mementingkan diri sendiri selepas mengaku menggunakan sperma bekas suaminya untuk melalui proses in vitro fertilization (IVF) tanpa kebenaran. 

Mirror melaporkan, Si Young, 43, memaklumkan dia kini sedang hamil melalui embrio yang telah disenyawakan lima tahun lalu sewaktu masih bersama suami iaitu Cho Seong Hyun.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Si Young memberitahu dia terpaksa berbuat demikian dan akan menanggung segala akibat daripada tindakannya itu. 

Si Young mengakui hamil guna kaedah IVF.

"Saya terpaksa membuat pilihan untuk menggunakan embrio itu dan menanggung segala akibat. 

"Tindakan untuk melakukan IVF ini dibuat tanpa meminta persetujuan daripada orang lain," katanya. 

Dalam pada itu, Si Young memberitahu antara sebab dia melakukan IVF kerana kesilapan diri sendiri akibat terlalu fokus terhadap kerjaya seni. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang perut makin membesar, Vanessa Hudgens umum hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan bercerai, Lee Si Young umum hamil anak kedua…. Bekas suami sedia bertanggungjawab

Kongsi aktres berkenaan, dia berasa menyesal dan kini bersedia menimang anak kedua namun malangnya sudah bercerai dengan suami. 

"Lapan tahun lalu saya melahirkan anak pertama tetapi waktu itu saya belum berkahwin lagi. Saya masih muda dan banyak kekurangan Ketika itu. 

"Saya banyak menghabiskan masa menjalani penggambaran drama dan sekarang saya berjanji bersedia menimang anak kedua," ujarnya.

Pun begitu, hantaran yang dimuat naik aktres berkenaan dilaporkan sudah pun dipadam.

Untuk rekod, Si Young sebelum ini berkahwin dengan Seong Hun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun. 

Namun pasangan ini dilaporkan sudah bercerai sejak Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain