PELAKON Emma Watson tidak dibenarkan memandu selama enam bulan selepas didapati bersalah melanggar undang-undang memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Emma atau Emma Charlotte Duerre Watson, 35, turut dikenakan denda sekitar RM5,954 (£1,044) oleh Mahkamah Majistret High Wycombe, Buckinghamshire pada Rabu.
Pelakon Emma Watson didenda sebab memandu secara laju.
Difahamkan dalam kejadian tersebut, Watson memandu kenderaan jenis Audi S3 dengan kelajuan 61 kilometer sejam (km/j) di sebuah kawasan terpencil di Banbury, Oxford.
Meskipun tidak hadir pada hari perbicaraan, namun pelakon itu mengakui kesalahannya dan menerima hukuman yang dikenakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Emma Watson dituduh tak profesional tinggalkan set penggambaran, akhirnya pengarah buka mulut!
ARTIKEL BERKAITAN: Chris Martin tak sengaja kantoikan pasangan curang di konsert Coldplay
Sebelum ini sekitar Februari tahun lalu, kenderaan Watson pernah disita oleh polis Warwickshire selepas didakwa menghalang dua kenderaan lain di Jalan High Street, Stratford upon Avon, England.
Namun begitu, pihak berkuasa mengesahkan tiada jenayah direkodkan dalam insiden berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube