suria

Denise Richards dakwa suami lakukan keganasan rumah tangga, fail perintah larangan sementara

Richards (kiri) berkongsi foto memaparkan keadaannya selepas dipukul suami.

PELAKON Denise Richards memfailkan perintah larangan sementara terhadap suaminya iaitu Aaron Phypers atas dakwaan penderaan fizikal dan ugutan secara berulang sepanjang perkahwinan mereka.

Menurut dokuman mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Amerika Syarikat, Richards mendakwa Phypers beberapa kali mencekik, menampar wajahnya, menghentakkan kepala ke rel tuala di bilik mandi serta mengugut untuk membunuh. 

Malah, Phypers juga didakwa telah menggodam komputer riba dan telefon bimbit milik aktres berkenaan untuk mendapatkan akses mesej peribadi. 

Richards (kanan) mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

"Saya sering berada dalam ketakutan dan bimbang sekiranya dia (Phypers) mencederakan atau membunuh saya," katanya dalam laporan CNN. 

Dalam pada itu, Richards turut berkongsi foto memaparkan keadaan dirinya yang mengalami lebam pada bahagian mata sebagai bukti untuk pemfailan perintah larangan itu. 

Phypers bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut menerusi kenyataan balas yang dibuat kepada majalah People. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sudah berakhir, Nikita Mirzani dedah jadi mangsa dera bekas teman lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalah dera anak dan fitnah suami, Lee Areum dipenjara 8 bulan

"Saya tidak pernah menyakiti Denise (isteri) secara fizikal atau emosi. Tuduhan ini tidak benar dan amat menyakitkan," ujarnya. 

Dakwaan ini dilaporkan timbul selepas beberapa minggu Phypers memfailkan perceraian terhadap Richards. 

Untuk rekod, Richards berkahwin dengan Phypers pada 2018, namun pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain