suria

DJ Panda dituduh hamilkan Erika Carlina, persembahan di enam kelab malam dibatalkan

DJ Panda nafi dia adalah individu bertanggungjawab buat Erika hamil.

NAMA DJ Panda kini hangat diperkatakan selepas enam kelab malam menarik balik tawaran untuknya mengadakan persembahan.

Ini susulan kontroversi yang mengaitkan DJ Panda sebagai individu yang menghamilkan aktres Erika Carlina.

Kontroversi itu bermula apabila Erika mengakui dirinya sedang hamil sembilan bulan tanpa suami dan dijangka melahirkan bayi pada Ogos ini dalam satu sesi podcast bersama pengacara, Deddy Corbuzier.

Antara kelab yang membatalkan penampilannya adalah Caviar Indonesia, Radar Space, Alexa Suites and Lounge, Gold Dragon Bar, Atlas Super Club, dan Tembak Langit Club. 

Erika tidak segan umum dirinya hamil anak luar nikah.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial rasmi kelab tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon umum hamil sembilan bulan, terima kecaman netizen mengandung anak luar nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Korea hamil melalui proses IVF, guna sperma bekas suami tanpa izin

Sebelum ini, Erika mendedahkan individu yang menghamilkannya itu menganggap hubungan mereka sebagai gimik semata-mata dan pernah mengugut untuk memusnahkan kerjayanya dengan mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Walaupun Erika tidak menyebut nama individu itu,  namun pelbagai petunjuk membawa kepada DJ Panda. 

Menafikan dirinya yang melakukan perkara tersebut, DJ Panda hanya mengakui hubungan mereka berdua hanyalah sekadar gimik dan tidak pernah bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain