suria

Sudah 25 tahun putus cinta, kisah seks Ben Affleck dan Gwyneth Paltrow terbongkar

Gwyneth didakwa suka dengan aksi yang dilakukan Ben.

MESKIPUN sudah 25 tahun hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan, kisah 'gelap' mengenai pelakon Gwyneth Paltrow dan Ben Affleck tiba-tiba mendapat perhatian ramai. 

Ia susulan Gwyneth, 52, dikatakan berkongsi secara terbuka kepada jurusoleknya mengenai hubungan seks yang dilakukan mereka. 

Perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi rakan terdekat dan netizen kerana Gwyneth dikenali sebagai seorang yang sopan selain menutup rapat mengenai hal peribadinya. 

Hubungan Gwyneth dan Ben hanya bertahan selama tiga tahun. 

Menurut wartawan hiburan Amy Odell yang membongkar kisah itu dalam buku biografi bertajuk Gwyneth: The Biography, aktres tersebut amat menyukai aksi seks yang dilakukan Ben terhadapnya.

"Dia sangat suka apabila Ben melakukan hubungan seks terhadapnya," dedah Amy. 

Selain berkongsi kisah seks Gwyneth, Amy turut mendedahkan bahawa individu itu takut menjadi gemuk dan berasa murung selepas bekas teman lelakinya Brad Pitt berkahwin dengan wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez cari pengganti Ben Affleck, mahu bakal suami bukan dalam kalangan selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu bercinta lagi, Ben Affleck sedang biasakan diri hidup bujang

Untuk info, Gwyneth dan Ben mula bercinta pada 1997 selepas bertemu di set penggambaran filem Bounce namun berakhir sekitar tahun 2000.

Walaupun pasangan ini dikatakan memiliki daya tarikan fizikal yang kuat, namun hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Ben didakwa curang dan kurang meluangkan masa bersama Gwyneth.

Gwyneth kini mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama vokalis Coldplay, Chris Martin manakala Affleck pula mempunyai tiga anak bersama bekas isteri yang juga pelakon Jennifer Garner. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain