KISAH selebriti Indonesia, Erika Carlina yang mengaku hamil luar nikah baru-baru ini menjadi perbualan hangat netizen sehingga nama DJ Panda disebut-sebut sebagai bapa kepada bayi dalam kandungan itu.
Meskipun menafikan dirinya adalah individu yang bertanggungjawab ke atas kehamilan itu, namun akhirnya DJ Panda terpaksa mengalah dan mengakui perbuatan tidak bermoral itu dalam satu siaran langsung pada Isnin.
Menurut laporan portal Suara, DJ Panda atau Giovanni Surya Saputra memberitahu dia mula mengenali aktres itu pada November tahun lalu dan menikmati minuman beralkohol sehingga menyebabkan mabuk teruk.
DJ Panda pernah berhasrat mahu bertanggungjawab menikahi Erika.
Kata DJ Panda, dia kemudiannya diajak untuk pulang ke kediaman Erika.
"Pada November tahun lalu, saya dan Erika bertemu dan kami ada minum (minuman keras) bersama. Selepas itu, kami pergi karaoke dan minum lagi sehingga saya mabuk teruk.
"Disebabkan terlalu mabuk, saya diajak pulang ke rumah Erika. Keesokan harinya saya berangkat ke Batam dan tiba-tiba Erika datang dan menemani saya membuat persembahan.
"Dipendekkan cerita, di Batam kami sama-sama minum alkohol, mabuk dan di situlah kejadian itu terjadi,"katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon umum hamil sembilan bulan, terima kecaman netizen mengandung anak luar nikah
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda dituduh hamilkan Erika Carlina, persembahan di enam kelab malam dibatalkan
Cerita DJ Panda, selepas pertemuan itu Erika kemudiannya memaklumkan dia hamil pada 30 Disember tahun sama.
Pada ketika itu dia mahu bertanggungjawab untuk menikahinya namun aktres berkenaan membatalkan perkahwinan kerana berlaku salah faham.
"Erika beritahu tidak dapat meneruskan hubungan ini. Dia berkata mahu bertanggungjawab atas anak tersebut dan tidak ingin orang lain mengetahui siapa bapa kepada anak yang dikandungnya itu," ujarnya.
Sebelum ini, Erika tampil dalam sebuah podcast dan mendedahkan dia kini sedang hamil sembilan bulan dan dijangka bersalin pada Ogos ini.
Erika turut mendedahkan individu yang menghamilkannya itu menganggap hubungan mereka sebagai gimik semata-mata dan pernah mengugut untuk memusnahkan kerjayanya dengan mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube