suria

Netizen kesal Davina Karamoy tak serik berlakon aksi ranjang

Davina ditegur berlakon keterlaluan buat orang ramai tak selesa.

SELEPAS mencetuskan kontroversi menerusi filem Ipar Adalah Maut, pelakon Davina Tesalonika Karamoy kembali menjadi perhatian apabila membawakan watak yang menampilkan unsur aksi ranjang dalam drama terbaharu bertajuk Main Hati.

Digandingkan bersama pelakon Irsyadillah, lakonan mereka mendapat pelbagai reaksi warganet selepas beberapa adegan intim tular di media sosial.

Meskipun babak tersebut tidak ditayangkan secara penuh, ia tetap mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang menyifatkannya tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Davina ditegur tidak menjaga sensiviti kerap melakonkan watak menghairahkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa terhadap penampilan Davina dan menggesa agar pelakon itu kembali mengenakan tudung seperti sebelum ini.

“Seronok betul ya pelakon tu dapat peluk Davina. Untung jadi pelakon lelaki tu.”

“Lebih elok dia pakai tudung macam dulu, nampak manis je,” tulis sebahagian komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda mengaku hamilkan Erika Carlina kerana mabuk teruk, niat bernikah galas tanggungjawab terbatal

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon umum hamil sembilan bulan, terima kecaman netizen mengandung anak luar nikah

Antara babak yang paling mendapat perhatian adalah adegan bercumbu dan aksi atas katil antara kedua-dua pelakon utama yang disifatkan terlalu berani serta melanggar batas norma budaya masyarakat tempatan.

Tidak kurang juga yang membandingkan drama ini dengan filem terdahulu Davina dengan mendakwa pelakon itu mengulangi gaya lakonan sama tanpa mengambil iktibar daripada kritikan lalu.

Drama Main Hati sudah ditayangkan di platform penstriman WeTV pada 27 Jun lalu, namun ia masih menjadi perhatian selepas sedutan trailer memaparkan adegan panas tersebar luas di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain