PELAKON asal China, Zhang Yiyang menjadi selebriti pertama negara itu yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh teman wanitanya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh mahkamah di daerah Xianyang, Zhang Yiyang telahpun dikenakan hukuman tersebut pada 18 Disember tahun lalu ketika dia berusia 33 tahun.
Namun berita tentang kematian Zhang Yiyang tidak mendapat perhatian ramai sehingga dokumen mahkamah tersebut mula tersebar.
Zhang Ziyang didapati bersalah atas kesalahan yang dilakukan pada 2022.
Dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2022 itu, Zhang Yiyang dikatakan keluar bersama teman wanitanya yang ketika itu berusia 16 tahun.
Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum pelakon itu mengambil tindakan menikam remaja berkenaan dengan pisau lipat.
Zhang Yiyang kemudian dikatakan cuba untuk mengambil nyawa namun tidak berjaya.
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda dituduh hamilkan Erika Carlina, persembahan di enam kelab malam dibatalkan
ARTIKEL BERKAITAN: Baru tiga bulan beroperasi, kafe Lee Dong Gun terjejas akibat banjir
Dia mengaburi mata pihak berkuasa dengan mendakwa teman wanitanya itu mati akibat bunuh diri.
Sepanjang hukuman terhadap Zhang Yiyang dilaksanakan, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas kerana masih ada stesen televisyen yang menayangkan drama lakonannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube