PELAKON dan bekas anggota kumpulan After School, Lee Joo Yeon secara terbuka berkongsi kriteria untuk menjadi teman lelakinya adalah perlu mahir dalam teknik ciuman.
Tampil sebagai tetamu dalam rancangan televisyen, Joo Yeon, 38, memberitahu perkara tersebut adalah menjadi keutamaan buatnya dalam mencari pasangan.
"Memang itu antara perkara paling penting bagi saya," katanya.
Joo Yeon utamakan teknik ciuman dalam memilih teman lelaki.
Pendedahan Joo Yeon ketika menjadi tetamu rancangan Dolsing Four Men menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat termausk ada yang bersetuju akan pendapat tersebut.
Berkongsi pengalaman terdahulu, hubungannya bersama bekas teman lelaki berakhir hanya gara-hara teknik ciuman kurang memuaskan.
ARTIKEL BERKAITAN:G-Dragon Sekali Lagi Dikaitkan Dengan Lee Joo Yeon
ARTIKEL BERKAITAN:Muncul foto cium pipi Kim Sae Ron, peminat panggil Kim Soo Hyun penipu
“Saya memang pernah putus kerana ciuman. Pada mulanya saya menyukainya, jadi kami mula bercinta, tetapi ciumannya langsung tidak kena.
“Kami sudah bersetuju untuk bersama, tetapi akhirnya tidak berjaya,” ujarnya.
Sementara itu dia juga akui kematangan usia membuatkan persepsi dalam menjalinkan hubungan cinta mula berubah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube