suria

Haruna jalani pemeriksaan psikologi selepas rumah dipecah masuk, kini dipindahkan ke kawasan selamat

Haruna kini dalam tempoh rehat.

INSIDEN rumah selebriti Korea Selatan diceroboh sekali lagi berlaku dan kali ini anggota kumpulan Billlie iaitu Haruna pula menjadi mangsa. 

Susulan kejadian itu, ia memberi kesan besar terhadap Haruna sehingga dia perlu menjalani pemeriksaan psikologi. 

Meskipun wakil agensi tidak menyatakan secara terperinci, namun ramai peminat yakin Haruna kini dalam keadaan trauma. 

Billlie meneruskan aktiviti promosi tanpa Haruna. 

"Seorang yang tidak dikenali telah memecah masuk ke kediaman milik Haruna, merosakkan pintu dan menjejaskan tempat tinggalnya. 

"Pihak pengurusan bertindak segera membuat laporan polis. Haruna telah dipindahkan ke lokasi lebih selamat, jauh dari tempat kejadian. Pemeriksaan kesihatan dan emosi telah dijalankan," jelas wakil agensi. 

Haruna juga terpaksa direhatkan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti kumpulan Billlie yang kini sedang giat dijalankan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Yeo Jin Goo tersilap follow akaun lucah di X, gelabah tekan butang unfollow lepas kecoh 

ARTIKEL BERKAITAN: Teknik ciuman paling penting, Lee Joo Yeon cari kekasih hebat bercumbu

Pihak agensi juga bakal mengambil tindakan tegas terhadap pelaku demi melindungi keselamatan artis di bawah jagaan mereka. 

"Kami merancang untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan segera," jelasnya. 

Sebelum ini beberapa selebriti lain seperti Leeteuk dan kumpulan Enhypen juga pernah mengalami nasib sama. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain