PELAKON Dwi Sasono meluahkan rasa terkejut selepas menemui serbuk putih misteri di dalam tangki minyak keretanya.
Dwi, 44, berkata, penemuan bahan berkenaan yang menyerupai garam itu menimbulkan tanda tanya bagaimana ia boleh berada di dalam tangki kereta terbabit.
“Sungguh mengejutkan bagaimana boleh ada garam dalam tangki kereta,” ujarnya.
Serbuk putih yang dikeluarkan dari tangki minyak.
Dwi berkongsi pengalaman itu menerusi Instagram dengan memuat naik beberapa gambar sebungkus serbuk putih yang telah dikeluarkan dari keretanya.
Dia turut memaklumkan bahawa beberapa keretanya yang lain juga mengalami masalah sama.
Lebih membimbangkan, pelakon itu mengesyaki kemungkinan kejadian tersebut merupakan satu bentuk sabotaj daripada individu yang mempunyai niat jahat terhadapnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Erika Carlina sedia jadi ‘pak sanggup’, nekad teman buah hati masuk bilik bedah
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tidur bermalam di balkoni rumah, Salman Khan pasang kaca kalis peluru
“Ini berlaku kepada dua kereta dalam masa yang sama. Saya terpaksa ke bengkel untuk membersihkan tangki kereta. Adakah ini sabotaj atau petrol mengandungi garam?” soalnya.
Malah dia berharap orang ramai dapat membantunya merungkai misteri yang dialaminya itu.
Namun ada juga yang mendedahkan beberapa penduduk di Bali mengalami kejadian serupa selepas membeli minyak petrol di stesen minyak yang sama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube