suria

Wika Salim kenang zaman susah, rumah dibina ayah tiada tandas... “Terpaksa jalan jauh cari tempat buang air besar”

Wika mengaku pernah hidup susah bersama keluarga.

PENYANYI dangdut Indonesia, Wika Salim mendedahkan sisi paling perit dalam hidupnya ketika membesar dalam serba kekurangan bersama keluarga.

Menerusi satu temu bual dalam podcast bersama Praz Teguh, Wika secara terbuka berkongsi kisah hidupnya yang dibesarkan dalam rumah yang tidak mempunyai tandas. 

Keadaan itu memaksanya berjalan kaki sejauh lima hingga 10 minit untuk membuang air besar di tandas awam.

Wika memberitahu rumah yang didiami bersama keluarga ketika itu dibina sendiri oleh bapanya namun tidak mempunyai kemudahan tandas mahupun bilik mandi.

Wika bersyukur dapat hidup dengan selesa dan bahagia bersama keluarga. Wika bersyukur dapat hidup dengan selesa dan bahagia bersama keluarga. 

“Disebabkan bina sendiri, kami hanya buat rumah berbentuk kotak. Kemudian bapa saya sekat ruang-ruangnya, tapi dia terlupa nak fikir tentang buat bilik mandi, terlupa juga nak sediakan tempat buang air besar. 

"Jadi dia hanya buat satu lubang di penjuru rumah untuk saluran air,” katanya.

Akibat kekangan itu, Wika terpaksa membawa baldi dan berjalan kaki ke tandas awam setiap kali mahu membuang air besar.

Wika turut berkongsi tentang sistem pembuangan jamban tersebut yang terus disalurkan ke kolam. 

Lebih menjijikkan, dia sering melihat ikan keli memakan najis manusia di kolam berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal bayar sewa rumah sampai kena halau, penyanyi lelaki mungkin terpaksa bawa keluarga merempat

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah hidup susah, Aaron Kwok jadi tukang sapu untuk cari duit saku

“Sebab itu saya dan keluarga sampai sekarang bila teringat ikan keli makan najis manusia, kami jadi trauma dan sampai sekarang memang kami tak makan ikan keli,” katanya.

Kini, kehidupan Wika berubah sepenuhnya apabila dia berjaya mencipta nama sebagai penyanyi dangdut dan tinggal di kediaman yang jauh lebih selesa berbanding rumah lamanya dahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain