suria

Aktor Bollywood bercinta dengan model Malaysia, terbuka keluar bersama tapi sorok kisah peribadi

Hubungan Ishaan dan Chandni menjadi tumpuan ramai.

HUBUNGAN antara pelakon Bollywood Ishaan Khatter bersama model asal Malaysia, Chandni Bainz menjadi sebutan ramai apabila mereka dilihat kerap meluangkan masa bersama.

Meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-duanya, namun keakraban antara mereka menguatkan spekulasi wujud hubungan cinta. 

Bercakap soal privasi, Ishaan sebelum ini pernah berkongsi pendapat bahawa dia lebih selesa untuk tidak terlalu bercerita soal pasangan. 

Ishaan jaga privasi kekasih. 

Biarpun terbuka mempamerkan kemesraan, namun dia lebih selesa tumpuan hanya diberikan kepada perkembangan kerjaya. 

“Saya rasa sangat penting untuk menghormati privasi pasangan anda juga. Bila sesuatu itu baik untuk diri sendiri, saya mahu lindunginya. Itu naluri saya. Saya tidak mahu bersembunyi atau menipu atau apa-apa pun," ujarnya. 

Tambah pelakon ini dia sedar sukar untuk mengawal mana-mana pihak merakam gambarnya ketika dia keluar bersama pasangan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tidur bermalam di balkoni rumah, Salman Khan pasang kaca kalis peluru 

ARTIKEL BERKAITAN: Sushmita Sen idam berlian 22 karat, bekas kekasih mengaku tak mampu penuhi

“Saya tidak akan berhenti menjalani kehidupan saya. Saya tidak akan berhenti keluar makan sekiranya saya mahu, hidup harus diteruskan. 

"Saya berlakon untuk kamera, tapi saya tak boleh hidup untuk kamera," jelasnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain