suria

Erika Carlina terima ancaman, buat laporan polis terhadap DJ Panda

Erika buat laporan polis untuk melindungi dirinya.

KISAH pelakon Erika Carlina yang kini hamil sembilan bulan terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat. 

Selepas terbongkar kisah di sebalik punca dia hamil anak luar nikah itu, timbul pula isu ancaman yang dibuat oleh bekas kekasihnya iaitu DJ Panda. 

Erika, 32, tampil membuat laporan polis pada 19 Julai atas dakwaan DJ Panda menyebarkan maklumat peribadinya sehingga boleh mengancam keselamatannya. 

Erika dakwa DJ Panda (kiri) beri ancaman terhadap dirinya. 

Menurut pelakon ini laporan berkenaan dibuat demi melindungi dirinya dan bukan menuntut hak untuk DJ Panda bertanggungjawab atas kehamilannya. 

"Untuk tanggungjawab dalam soal kewangan atau mahu dinikahi, itu tidak pernah bermain dalam fikirian saya. Ini semua adalah kesilapan sendiri dan saya akuinya. 

"Selama ini saya sembunyikan kehamilan dalam tempoh sembilan bulan. Apabila ada ancaman, mahu atau tidak saya kena bersuara. Jadi saya bawa ke pihak berkuasa," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen gesa boikot Erika Carlina, hamil luar nikah bukan budaya normal 

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda mengaku hamilkan Erika Carlina kerana mabuk teruk, niat bernikah galas tanggungjawab terbatal

Balai Polis Metro Jaya mengesahkan pihak mereka menerima laporan tersebut dan kes kini masih dalam siasatan. 

Menerusi laporan yang dibuat, Erika mendakwa DJ Panda telah menyebarkan gambar imbasan kehamilan menerusi WhatsApp. 

DJ Panda turut memberi ugutan ingin menjatuhkan kerjaya Erika. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain