PENGACARA dan pereka fesyen Ivan Gunawan membuat keputusan mahu meninggalkan kehidupan mewah termasuk menjual barangan berjenama dan menutup semua akaun kad kredit miliknya.
Ivan, 43, berkata, gaya hidup yang dijalani sebelum ini seperti berpesta selain menyifatkan berbelanja barangan mewah sudah tidak lagi relevan dengan fasa penghijrahannya.
"Sudah tidak penting lagi (kehidupan mewah). Bawa beg berjenama pun sudah tidak penting.
Ivan menunaikan ibadah haji pada Mei lalu.
"Alhamdulillah, semua akaun sudah saya tutup. Saya tidak lagi mempunyai kad kredit," katanya menerusi saluran YouTube TS Media.
Dalam pada itu, Ivan memberitahu keputusan ini dibuat sebelum menunaikan ibadah haji kerana mahu hidup tenang tanpa dibebani hutang.
Kata Ivan, dia merancang untuk menjual koleksi perhiasan serta beg tangan berjenama mewah dan hanya menyimpan barangan yang boleh dimanfaatkan untuk hal lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal tunai ibadah haji, Ivan Gunawan cium kaki ibu mohon restu
ARTIKEL BERKAITAN: Melawat masjid di Uganda, Ivan Gunawan dah siap baju ala ‘Indiana Jones’ kerana takut digigit nyamuk
"Beg jenama Hermes milik saya juga akan dijual. Saya mahu simpan barangan untuk beribadah sahaja," ujarnya.
Pada 27 Mei lalu, Ivan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.
Sebelum berangkat, Ivan turut memohon restu daripada ibunya selain mencium kaki wanita tersebut bagi memohon maaf atas semua kesilapan pernah dilakukan sebelum ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube