suria

Amaran tsunami di Hawaii, orang ramai desak Oprah Winfrey buka laluan peribadi

Oprah didesak supaya segara bertindak.

PENGACARA Oprah Winfrey menerima keceaman banyak pihak susulan dakwaan keengganannya membuka laluan bagi membantu proses pemindahan orang ramai akibat amaran bencana tsunami di Hawaii, Amerika Syarikat. 

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, rakyat di sana terpaksa menggunakan jalan jauh bagi ke tempat lebih tinggi dan selamat. 

Di tengah kesibukan itu timbul dakwaan Oprah tidak membenarkan orang ramai menggunakan jalan peribadi yang menghubungkan kawasan Wailea ke Kula. 

Laluan kawasan peribadi Oprah (warna biru) dapat memudahkan pergerakan orang ramai. 

Disebabkan itu juga dikatakan laluan utama di kawasan Maui semakin sesak kerana orang ramai hanya tertumpu pada satu arah. 

"Oprah enggan membuka jalan peribadinya dari Wailea ke Kula, yang akan memudahkan penduduk tempatan menuju ke kawasan lebih tinggi. Kesesakan teruk di Maui dengan ribuan cuba menyelamatkan diri.

"Satu laluan yang berpotensi menyelamatkan nyawa dibiarkan tertutup sementara orang ramai terperangkap dalam kereta dengan siren kecemasan berbunyi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat bini muda, pelakon veteran terasa hidup di ‘syurga’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Jojo Siwa terlalu sayang Chris Hughes, siap ada nama panggilan manja untuk alat sulit

"Buka jalan itu, Oprah," luah beberapa orang ramai yang medesak pengacara itu segera bertindak. 

Namun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Oprah atau pihak pengurusannya berhubung perkara itu. 

Penduduk di Hawaii kini sedang berusaha untuk mencari tempat lebih selamat selepas amaran dikeluarkan oleh kerajaan sana sejak pada Rabu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain