suria

Lee Si Young bikin panas lagi, selamba minum arak ketika hamil

Lee Si Young gembira nikmati percutian bersama rakan-rakan.

NAMA pelakon Lee Si Young kembali menjadi bualan ramai apabila dirinya didakwa mengambil minuman keras semasa sedang hamil anak kedua.

Perkara itu menjadi perdebatan netizen selepas melihat perkongsian percutian Si Young di New York  yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Lawatan menaiki limosin selama lima jam dari Madison Square Park ke Brooklyn," tulisnya di ruangan kapsyen.

Si Young berseronok bersama rakan-rakannya di dalam kereta mewah.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik itu memaparkan Si Young berada dalam sebuah kereta mewah bersama rakannya sambil memegang segelas minuman keras.

Lebih mencetuskan kebimbangkan ramai apabila Si Young turut membawa anaknya sulung bersama.

Perkongsian tersebut mencetuskan perbualan ramai memandangkan aktres tersebut baharu sahaja mengumumkan dirinya hamil. 

Namun selepas kekecohan berlaku di ruangan komen, Si Young tampil menjelaskan bahawa minuman tersebut tidak mengandungi alkohol yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan bercerai, Lee Si Young umum hamil anak kedua…. Bekas suami sedia bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang bercuti di Perancis, Lee Si Young umum penceraian dengan suami

Sebelum ini, Si Young mendedahkan dia sedang hamil anak kedua menggunakan sperma bekas suaminya untuk melalui proses in vitro fertilization (IVF) tanpa kebenaran. 

Untuk rekod, Si Young sebelum ini berkahwin dengan Seong Hun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun. 

Namun pasangan ini dilaporkan sudah bercerai sejak Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain