ISTERI kepada bekas kumpulan Maroon 5, Mickey Madden tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dipukul selepas mempersoalkan tindakan suaminya yang dikatakan menghantar mesej lucah kepada gadis bawah umur.
Catherine atau nama sebenarnya Catherine Blair Bowman mendedahkan, dia menerima mesej daripada seorang remaja perempuan pada 21 Julai lalu yang memaklumkan tentang kelakuan tidak senonoh Mickey.
Jelas Catherine, niatnya hanyalah untuk mendapatkan penjelasan namun keadaan bertukar tegang apabila dia diserang secara fizikal selepas cuba mengambil telefon suaminya bagi melihat mesej berkenaan.
Catherine sudah tidak tahan dengan perangai Mickey.
“Saya nampak dia padam mesej dalam telefon. Bila saya lari keluar bawa telefon itu, dia terus marah. Dia peluk saya daripada belakang dan hempas badan saya ke kaunter dapur.
"Saya jatuh dan dia terus menjerit suruh pulangkan telefon,” katanya.
Perkara itu dimaklumkan Catherine dalam dokumen mahkamah selepas dia memfailkan perintah larangan sementara terhadap Mickey di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani mengamuk tak mahu digari… “Saya enggan balik ke penjara untuk kes jenayah bodoh ini”
ARTIKEL BERKAITAN: Dihimpit kontroversi hamil anak luar nikah, Erika Carlina timang cahaya mata lelaki
Menerusi tangkap layar mesej yang disertakan bersama dokumen tersebut, Mickey didakwa memberi alasan komunikasi seksual (sexting) hanyalah fantasi peribadi tanpa melibatkan mana-mana individu.
Selain itu, Catherine turut mendakwa suaminya pernah menolak untuk melakukan hubungan intim selepas dia menyatakan hasrat mahu hamil, sebaliknya memilih untuk tidur dengan pelacur.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube