SELEPAS terpalit dengan pelbagai kontroversi, pelakon Erika Carlina akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi Jumaat.
Tanpa berkongsi butiran lanjut, Erika memberitahu dia memilih nama Andrew Raxy Neil untuk cahaya mata pertamanya itu.
"Andrew Raxy Neil, 1 Ogos 2025," katanya ringkas.
Erika berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Erika sebelum ini mencetus kontroversi apabila memaklumkan hamil luar nikah.
Dalam hantaran dibuat, Erika turut berkongsi foto tangan Andrew sedang mengenggam jarinya.
Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian berita gembira tersebut dan mengucapkan tahniah atas kelahiran anak pertamanya itu.
"Tahniah Erika, semoga cepat sembuh dan sihat selalu ya. Selamat beristirehat.
"Tahniah, semoga Andrew membawa tuah dan kebahagiaan untuk anda," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen gesa boikot Erika Carlina, hamil luar nikah bukan budaya normal
ARTIKEL BERKAITAN: Erika Carlina terima ancaman, buat laporan polis terhadap DJ Panda
Sebelum ini, Erika tampil mendedahkan dia kini sedang hamil sembilan bulan dan dijangka bersalin pada Ogos.
Erika turut mendedahkan individu yang menghamilkannya itu menganggap hubungan mereka sebagai gimik semata-mata dan pernah mengugut untuk memusnahkan kerjayanya jika mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Pada 21 Julai, DJ Panda akhirnya mengaku bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungan Erika.
Kata DJ Panda atau Giovanni Surya Saputra, dia mula mengenali aktres itu pada November tahun lalu dan menikmati minuman beralkohol sehingga menyebabkan mabuk teruk.
Susulan pengakuan itu turut memberi kesan kepada kerjaya apabila namanya dibatalkan untuk beberapa acara.
Perbuatan mengandung luar nikah atas dasar rela hati adalah dilarang oleh agama Islam dan ia merupakan satu dosa besar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube