suria

Nikita Mirzani mengamuk tak mahu digari… “Saya enggan balik ke penjara untuk kes jenayah bodoh ini”

Nikita (kanan) mengamuk enggan kembali ke penjara.

SIDANG perbicaraan kes peras ugut dan penggubahan wang haram membabitkan pelakon sensasi, Nikita Mirzani bertukar kecoh apabila dia mengamuk ketika pihak berkuasa cuba menggari dan menyarungkan baju tahanan sebelum dibawa semula ke penjara.

Memetik laporan Insertlive, pelakon berusia 38 tahun itu turut menuntut agar rakaman yang didakwa mengandungi bukti dirinya dianiaya diputarkan di hadapan hakim

"Saya minta rakaman itu diputarkan," tegasnya sewaktu perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada Khamis. 

Ketegangan mula memuncak apabila berlaku pertikaman lidah antara Nikita, pegawai tahanan dan pihak pendakwa raya ketika cuba menggarinya. 

Nikita sudah hilang sabar dengan dakwaan terlibat dengan kes jenayah peras ugut.

Nikita dengan lantang menyatakan keengganannya untuk kembali ke penjara kerana menganggap kes yang dihadapinya itu tidak masuk akal. 

"Saya tidak mahu balik atau pergi ke penjara untuk kes jenayah bodoh macam ini. 

"Lima bulan saya berdiam diri. Sepanjang lima bulan dalam tahanan, ini adalah kes peribadi dan saya telah dianiaya," ujarnya. 

Selepas keadaan tegang itu, Nikita akhirnya keluar dari bilik perbicaraan sambil memakai sendiri baju tahanan miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pihak berkuasa kesan wang hampir RM1 juta dalam akaun Nikita Mirzani, bukti kes peras ugut dan penggubahan wang haram

ARTIKEL BERKAITAN: Meringkuk di penjara, Nikita Mirzani beli 6 ekor lembu RM157,000 buat korban

Sebelum ini, pihak berkuasa di Indonesia menamakan Nikita sebagai suspek utama dalam kes membabitkan usahawan kosmetik dikenali sebagai Dr Reza Gladys.

Reza membuat laporan polis terhadap Nikita pada 3 Disember tahun lalu selepas mendakwa pelakon itu memfitnah dan melakukan peras ugut terhadapnya di media sosial.

Jika disabitkan kesalahan, Nikita boleh dihukum penjara maksimum enam tahun.

Tidak hanya itu, Nikita turut berdepan dengan pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain