PELAKON Luna Maya menolak khabar angin yang mengatakan dirinya sedang mengandung anak pertama.
Kompas melaporkan, Luna enggan terburu-buru memiliki cahaya mata selepas tekanan daripada orang luar yang bertanyakan mengenai risiko kehamilan pada usia 41 tahun.
"Sekarang ini saya sedang datang bulan (haid), belum hamil. Selepas pulang daripada berbulan madu nanti, saya perlu bersiap sedia untuk masuk ke set penggambaran filem pula.
Luna dan Maxime (kiri) mahu meluangkan masa sebagai suami isteri terlebih dahulu.
"Kemungkinan sampai akhir tahun ini saya terikat dengan dua buah filem. Kenapa saya belum mahu (anak), sebab tak nak kalau hamil nanti saya berada di set penggambaran. Lagipun kalau hamil saya bukan muda lagi, banyak risikonya," katanya.
Dalam pada itu, Luna memberitahu dia sudah berbincang hal ini dengan suaminya iaitu aktor Maxime Bouttier dan kini mahu menikmati waktu berdua sebagai suami isteri.
"Saya beritahu Max (panggilan Maxime) biarkan saya kerja dulu. Kalau sudah tidak ada kontrak lakonan yang panjang, baru saya cari waktu untuk berehat dan fokus tentang kehamilan.
ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya sah jadi milik Maxime Bouttier dengan sekali lafaz
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Luna Maya hamil, suami elak jawab soalan media
"Buat masa ini biarlah kami sesuaikan diri dengan kehidupan suami dan isteri. Kalau saya mahu dengar cakap-cakap orang tentang sukar hamil di usia lebih tua, daripada dulu lagi saya sudah bernikah," ujarnya.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Luna kini sedang hamil anak kembar.
Pun begitu, Luna dan Maxime tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.
Untuk rekod Luna dan Maxime sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube