suria

Pemain bola dijadual lafaz cerai 12 September, dakwaan kembali rujuk tak benar

Arhan dijadual melafazkan talak di mahkamah pada 12 September ini.

NAMA pemain bola sepak Indonesia, Pratama Arhan hangat diperkatakan ramai apabila dikhabarkan kembali bersama bekas isterinya, Azizah Salsha selepas memfailkan perceraian pada 25 Ogos lalu.

Namun, menerusi kenyataan rasmi daripada Mahkamah Agama Tigaraksa, Tangerang, Indonesia, pasangan ini masih dalam proses perceraian dan spekulasi kembali rujuk yang tersebar adalah tidak tepat.

Menurut pihak mahkamah, Arhan memfailkan perceraian secara sebelah pihak (verstek) tanpa kehadiran defendan (Azizah). 

Arhan dan Azizah masih dalam proses penceraian.

Malah, setakat ini tiada permohonan rasmi untuk menarik semula perceraian daripada kedua-dua pihak.

“Setakat ini, kami belum terima permohonan rujuk daripada pasangan ini. Secara hukum, mereka masih dalam proses perceraian,” kata jurucakap mahkamah.

Difahamkan, Arhan dijadual melafazkan talak di mahkamah pada 12 September ini.

Namun begitu, sekiranya Arhan dan Azizah memilih untuk rujuk sebelum tarikh tersebut, mahkamah akan membatalkan proses perceraian mereka secara automatik.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap dua tahun kahwin, pemain bola failkan cerai terhadap isteri... Kantoi nama dipanggil ketika perbicaraan mahkamah

ARTIKEL BERKIATAN: Hampir setahun pisah ranjang, gaduh besar antara punca Pratama Arhan fail cerai.... Misi dan visi juga berbeza

Sebelum ini, Arhan dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Azizah secara senyap tanpa sebarang kenyataan terbuka daripada kedua-dua pihak.

Prosiding kes berlangsung pada Isnin di Mahkamah Agama Tigaraksa namun kedua-dua pihak tidak hadir secara fizikal ke mahkamah.

Untuk rekod, Arhan dan Azizah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain