KENYATAAN pelakon Deepika Padukone yang pernah melabelkan tingkah laku bekas kekasihnya, Siddarth Mallya sebagai 'menjijikkan' kembali tular di media sosial.
Menurut aktres yang terkenal menerusi filem Pathaan itu, Siddarth pernah mengarahkannya untuk membayar bil makan malam ketika keluar bersama.
Memetik laporan International Business Times, Deepika menyifatkan insiden tersebut sangat memalukan sebagai seorang wanita.
Deepika bersama suaminya, Ranveer Singh.
"Saya cuba sedaya upaya untuk mempertahankan hubungan ini, tapi perangai dia sejak kebelakangan ini sangat menjijikkan.
"Kali terakhir kami bertemu untuk makan malam, dia minta saya yang bayar bil. Itu amat memalukan buat saya.
"Saya tiada pilihan lain selain mengakhiri hubungan ini kerana tidak ada alasan untuk kekal bertahan," jelasnya.
Sebagai respons kepada dakwaan tersebut, Siddarth tampil mempertahankan diri dan menggelar Deepika sebagai 'wanita gila'.
"Deepika adalah perempuan gila. Saya sudah beritahu dia yang saya akan pulangkan duit sebaik sahaja ayah saya melangsaikan hutang dan kerajaan bebaskan dia, tetapi dia (Deepika) tak mahu tunggu.
ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone pernah lalui hubungan cinta bermasalah
ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut kelahiran bayi perempuan
"Dia dah lupa saat saya hadiahkan berlian mahal, beg tangan mewah, belanja percutian dan buat parti untuk kawan-kawannya,"katanya.
Sebelum ini, hubungan romantis antara Deepika dan anak bekas usahawan Vijay Mallya tersebut hangat diperkatakan.
Bagaimanapun, pasangan yang dilaporkan bercinta sejak 2011 itu putus di tengah jalan.
Untuk rekod, Deepika kini sudah berkahwin dengan aktor Ranveer Singh. Pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Dua yang baru sahaja menginjak usia setahun pada 8 September lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube