PENYANYI Selena Gomez mengakui hatinya pernah terguris apabila menerima komen negatif mengenai bentuk tubuh hingga ada yang melabelnya sebagai gemuk.
Selena, 33, berkata dia cukup sensitif terhadap kritikan, apatah lagi apabila ia melibatkan isu penambahan berat badan.
“Saya pernah rasa sangat terluka apabila ada orang memanggil saya wanita gemuk. Saya tertanya-tanya, kenapa perasaan itu boleh muncul?” luahnya.
Netizen kecam cakap Salena Gomez gemuk, sentap dan tak boleh terima kenyataan.
Pelantun lagu Love On itu menjelaskan isu berat badan sudah lama menjadi perkara peribadi buat dirinya.
Malah, kecaman netizen turut memaksanya mendapatkan rawatan Terapi Tingkah Laku Dialektikal (DBT) bagi mengawal emosi.
Tambah Selena, pertambahan berat badannya ketika itu berpunca daripada masalah kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN:Hari bahagia makin dekat, sumber dedah hubungan Selena Gomez, Benny Blanco tegang
ARTIKEL BERKAITAN: Nicola Peltz didakwa berlagak ‘diva’, jadi punca Selena Gomez jauhkan diri
“Oh, sekarang saya faham… semuanya berlaku ketika saya sakit dan berat badan saya meningkat,” jelasnya.
Pada 2015, Gomez disahkan menghidap Sistemik Lupus Erimatosus (SLE) iaitu sejenis penyakit di mana sistem imunisasi menyerang organ serta saraf sendiri.
Tahun seterusnya, dia disahkan menghidap penyakit keresahan dan kemurungan yang berpunca daripada SLE serta ubat-ubatan diambilnya.
Pada 2017, Gomez menjalani pemindahan buah pinggang, juga disebabkan SLE.
Pada 2020, dia disahkan menghidap penyakit bipolar pula.