PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Ock Joo Hyun sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas didakwa mengendalikan dua agensi hiburan secara haram sejak beberapa tahun lalu.
Pada 10 September lalu, pihak berkuasa mengesahkan agensi TOI Entertainment yang dinaungi Joo Hyun tidak tersenarai di bawah Akta Pembangunan Industri Budaya Popular dan Seni yang mewajibkan semua pengurusan hiburan berdaftar sebagai perniagaan sah.
Lebih mengejutkan, agensi milik peribadi Joo Hyun iaitu Tittle Role yang ditubuhkan pada April 2022 turut gagal membuat pendaftaran.
Joo Hyun menguruskan dua label yang tidak berdaftar sejak beberapa tahun lalu.
Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan, bekas vokalis kumpulan Fin.K.L. itu mengakui kesilapan apabila gagal melengkapkan pendaftaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Meskipun begitu, dia menegaskan pihak pengurusan sama sekali tidak berniat untuk mengelak menjalani prosedur sah atau mengelolakan syarikat tanpa kebenaran.
"Sewaktu pembukaan syarikat tiga tahun lalu, kami telah pun menyediakan dokumen yang sepatutnya, namun pihak pengurusan terlepas pandang," katanya.
Mengikut undang-undang, mana-mana syarikat atau individu yang menjalankan pengurusan artis tanpa pendaftaran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum 20 juta won (RM61,000)
terlibat dalam pengurusan bakat mesti didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah perniagaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan berehat, Song Hye Kyo kembali aktif di media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Crash Landing On You bakal jadi teater muzikal... adakah Hyun Bin dan Son Ye-jin akan menyanyi?
Selain itu, semua kontrak atau aktiviti perniagaan dianggap tidak sah dan berdepan risiko pembatalan. Kegagalan melaporkan perubahan, penggantungan atau penutupan operasi juga boleh dikenakan denda sehingga 5 juta won (RM15,189.70).
Peguam Jung Tae Won dari firma LKB & Partners berkata, undang-undang berkenaan sudah berkuat kuasa lebih sedekad dan alasan kecuaian tidak boleh diterima.
Joo Hyun kini ligat beraksi di pentas teater muzikal.
"Apabila selebriti atau syarikat beroperasi tanpa pendaftaran sah, ia mewujudkan pasaran gelap dan menjejaskan ketelusan industri hiburan.
"Lebih-lebih lagi di dalam industri yang unik seperti hiburan, operasi yang telus dan adil adalah penting," ujarnya.