suria

Nikita Mirzani mohon rawatan di luar penjara, implan gigi pecah hingga jejaskan saraf

Peguam mohon Nikita diberi kebebasan untuk mendapatkan rawatan.

KEADAAN kesihatan pelakon Nikita Mirzani yang kini berada di bawah tahanan polis dilaporkan tidak baik dan memerlukan prosedur pembedahan segera. 

Dalam persidangan kes peras ugut serta penggubahan wang haram melibatkan Nikita yang berlangsung pada Khamis, peguamnya iaitu Fahmi Bachmid memaklumkan keadaan kesihatan anak guamnya selepas menjalani pemeriksaan gigi sebelum ini. 

"Atas nasihat doktor, tindakan lanjut harus dilakukan dalam tempoh 10 hari kerana terdapat implan pecah. Jika dibiarkan ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman ke seluruh badan. 

Keadaan kesihatan Nikita membimbangkan. 

"Laporan hospital juga membolehkan pesakit menjalani rawatan fisioterapi tiga kali seminggu. 

"Malah masalah kesihatan yang dialami itu turut memberi kesan kepada gangguan saraf termasuk jantung dan otak," jelasnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani tak puas hati penyata akaun bank miliknya didedahkan di mahkamah 

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani mengamuk tak mahu digari… “Saya enggan balik ke penjara untuk kes jenayah bodoh ini”

Susulan itu pihak mereka memohon agar mahkamah membenarkan Nikita menjalani tahanan di luar penjara buat sementara sepanjang tempoh dia menjalani rawatan. 

Malah sakit yang dialami juga menjadi punca Nikita tidak dapat hadir dalam beberapa persidangan mahkamah sebelum ini. 

"Kami akan segera mengemukakan permohonan rawatan susulan buat Nikita," ujar wakil peguam. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain