suria

Yoon Eun Hye nyaris buta disimbah asid, trauma terkenang peristiwa dibaling telur

Eun Hye pernah berdepan detik hitam dalam kariernya sebagai seorang penyanyi.

PELAKON Yoon Eun Hye mendedahkan pengalaman hitam ketika awal kemunculan sebagai seorang selebriti sehingga meninggalkan kesan trauma buat dirinya. 

Di sebalik populariti yang diraik, Eun Hye, 41, juga pernah berdepan dengan situasi tidak disukai peminat sehingga ada yang bertindak luar kawalan. 

Lebih menyedihkan lagi, pelakon ini turut berkongsi satu insiden yang hampir meragut penglihatannya.

Eun Hye hampir buta selepas diiserang menggunakan pistol air berisi asid hidroklorik.

"Saya sendiri pernah diserang menggunakan pistol air berisi asid hidroklorik sehingga hampir buta.

"Selain itu, saya juga pernah dilempar telur mentah ketika bergelar penyanyi. Semua itu meninggalkan kesan trauma mendalam,” katanya.

Eun Hye berkongsi perkara tersebut ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah program televisyen yang membincangkan isu penderitaan mangsa pengusiran dan perobohan penempatan di Seoul pada era 1990-an. 

ARTIKEL BERKAITAN: Yoon Eun Hye Dituduh Ciplak Rekaan Baju 

ARTIKEL BERKAITAN: Forum Peminat Yoon Eun Hye Ditutup

Pengakuan tersebut membuat ramai terkejut kerana tidak menyangka dia melalui fasa seteruk itu dalam kerjaya seninya. 

Tambahnya lagi, trauma bukan sesuatu yang mudah dilupakan kerana peristiwa itu kekal menghantui dirinya hingga kini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain