suria

Sulthon Kamil didakwa terlibat kes pedofilia, Harum Manis pula ‘ditendang’ syarikat rakaman

Kamil didakwa terlibat dengan kes pedofilia membabitkan beberapa remaja perempuan bawah umur.

NAMA vokalis kumpulan Harum Manis iaitu Sulthon Kamil, kini hangat diperkatakan apabila dia dikaitkan dengan dakwaan kes pedofilia dan 'grooming' membabitkan beberapa remaja perempuan bawah umur.

Isu ini mula mendapat perhatian ramai selepas tangkap layar perbualan peribadi Kamil bersama beberapa mangsa tersebar luas di platform media sosial X. 

Antara taktik yang didakwa digunakan oleh Kamil adalah dengan memberi 'like' secara rawak pada muat naik TikTok atau Instastory mangsa bagi menarik perhatian mereka untuk menghubunginya terlebih dahulu.

Kamil dan kumpulannya iaitu harum manis dibuang daripada syarikat rakaman.

"Kamil tu suka secara spontan like TikTok atau tengok Instatory budak perempuan. Itu salah satu cara dia nak buat mangsa rasa curiga dan mula hubungi dia dulu," dedah salah seorang netizen di X.

Selepas berjaya memulakan komunikasi, Kamil dikatakan bersikap lebih mesra dan manipulatif bagi mewujudkan rasa selamat serta percaya dalam kalangan mangsa.

"Untung kamu dekat dengan aku, cuba bayangkan kalau kamu dekat dengan lelaki tua lain, apa jadi?"," kata kamil dalam tangkap layar berkenaan.

Lebih mengejutkan, beberapa tangkapan layar lain turut menunjukkan Kamil cuba mengheret perbualan ke arah seksual, sekali gus menguatkan lagi dakwaan berlaku perilaku 'grooming' terhadap remaja bawah umur.

ARTIKEL BERKAITAN: Choo Young Woo dikecam pakai ‘casing phone’ imej pelajar sekolah, disyaki ada unsur pedofilia 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 41 tahun ditahan polis, didakwa rogol wanita dalam majlis parti

Susulan kontroversi tersebut, Lamunai Records yang sebelum ini menaungi kumpulan Harum Manis, tampil dengan kenyataan rasmi di Instagram pada Rabu malam.

Mereka menyatakan solidariti terhadap mangsa dan mengambil langkah drastik dengan menamatkan semua bentuk kerjasama dengan Sulthon Kamil berkuat kuasa 10 September 2025.

Bukan itu sahaja, Lamunai turut memaklumkan kontrak bersama kumpulan Harum Manis juga telah ditamatkan sepenuhnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain