SELEPAS meninggalkan kumpulan Kat-Tun pada tahun 2016, penyanyi asal Jepun iaitu Junnosuke Taguchi tetap memilih kerjaya untuk menghiburkan peminat.
Namun kerja yang dilakukan kini bukanlah sebagai penyanyi, sebaliknya menjadi pelayan lelaki di sebuah kelab malam bagi mengiburkan pelanggan wanita.
Dalam satu video yang tular, Junnosuke, 40, kini dipercayai bekerja di sebuah kelab terkemuka di bandar Shinjuku, Tokyo di mana ia menjadi tumpuan ramai wanita pelbagai usia datang berhibur.
Junnosuke menjadi tumpuan di kelab malam.
Katanya kerjaya ini bukanlah satu yang dirancang namun telah menjasi sebahagian dirinya demi meneruskan kelangsungan hidup.
Bahkan Junnosuke akui dia tidak pernah menyesal atau malu meskipun sebelum ini bergelar artis popular.
"Dahulu saya sangat terkenal dan pernah membuat persembahan di Tokyo Dome. Sekarang ini saya rasa terlalu sibuk untuk fikir rasa menyesal," katanya dalam satu temu bual.
ARTIKEL BERKAITAN: Jang Dong Yoon dah 10 tahun jadi pelajar universiti, berjuang tamatkan pengajian
ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik, Lee Jang Woo didakwa putus asa jadi pelakon
Biarpun begitu, Junnosuke memberitahu dia tetap merindui dunia nyanyian dan berharap suatu hati nanti akan dapat kembali beraksi di atas pentas.
Baginya bidang muzik memberi satu kepuasan apabila dia dapat menghiburkan peminat.
"Saya cintakan muzik, menyanyi dan menari. Saya suka melihat peminat tersenyum. Selagi masih hidup saya mahu terus berada dia atas pentas," jelasnya.
Junnosuke tidak menyesal pilih kerjaya baharu.
Selain menyanyi Junnosuke juga pernah membintangi beberapa drama sepanjang bergelar artis.
Untuk rekod kumpulan Kat-Tun dibubarkan secara rasmi pada Mac lalu seleps lebih 25 tahun ditubuhkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube