suria

Jang Dong Yoon dah 10 tahun jadi pelajar universiti, berjuang tamatkan pengajian

Jang dan Ahn merupakan rakan sekerja di bawah syarikat BH Entertainment.

PELAKON Korea Selatan, Jang Dong Yoon mendedahkan dia masih belum menamatkan pengajian di Universiti Hanyang meskipun sudah lebih 10 tahun bergelar pelajar. 

Perkara itu dikongsikan Dong Yoon menerusi video di saluran YouTube Ahn So Hee berjudul A True Hanyang Food Tour with Jang Dong Yoon yang dimuat naik pada 12 September lalu. 

Dong Yoon terkenal dengan pencapaian akademik yang cemerlang sejak zaman persekolahan. 

Dalam video tersebut, Dong Yoon berseloroh dirinya kini boleh digelar sebagai 'senior tahun ke-10' selepas sekian lama berada di universiti itu tanpa menamatkan pengajian. 

"Universiti Hanyang seperti rumah kedua saya. Rasa seronok berada di sini.

"Malangnya, saya belum lagi bergraduasi. Saya masih di tahun keempat dan sudah jadi senior selama 10 tahun. Macam tajuk drama 10th-Year Senior," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Park Dipuji Kerana Bersikap Pemurah

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dilantik sebagai profesor jemputan KAIST, bakal mengajar subjek kepimpinan

Jang Doon yang berasal dari Daegu mengikuti jurusan ekonomi dan kewangan di universiti tersebut. 

Dia sebelum ini pernah menjadi perharian media pada 2015 apabila berjaya menggagalkancubaan rompakan di sebuah kedai serbaneka ketika masih bergelar pelajar.  

Kali pertama Dong Yoon menerima tawaran berlakon pada 2015.

Ketika itu dia digelar sebagai 'pelajar kacak tangkap perompak' sebelum menerima pelbagai tawaran daripada agensi hiburan dan akhirnya debut sebagai pelakon selepas menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram. 

Drama pertama yang dibintanginya adalah Women at a Game Company yang ditayangkan pada 2016. 

Artikel Lain