PENYANYI Kim Jong Kook menyangkal dakwaan perkahwinannya diadakan secara tergesa-gesa kerana wujud kehamilan sebelum nikah.
Jong Kook, 49, mengakui keputusan mendirikan rumah tangga dibuat secara tiba-tiba, namun menegaskan ia bukan berpunca daripada perkara tersebut.
“Pada usia saya sekarang, kalau betul pun kahwin sebab hamil ia tetap satu rahmat. Tapi hakikatnya kami baru sahaja membuat keputusan untuk berkahwin.
Jong Kook mengakui majlis kahwinnya diadakan dalam tempoh singkat.
“Memang berlaku dengan cepat, tetapi bukan kerana kehamilan luar nikah,” katanya.
Isu ini menjadi bualan selepas Jong Kook selamat melangsungkan perkahwinan pada 5 September lalu.
Majlis tersebut berlangsung secara tertutup dan pengumuman pernikahannya dibuat kurang sebulan sebelum hari bahagia itu berlangsung.
Malah, rakan selebriti serta kenalan rapatnya juga terkejut dengan pengumuman tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:Kim Jong Kook akhirnya bergelar suami, identiti isteri kekal rahsia
ARTIKEL BERKAITAN:Dah lama peminat menanti, Kim Jong Kook akhirnya umum bakal kahwin
Disebabkan tempoh persiapan yang singkat, timbul spekulasi kononnya perkahwinan itu diadakan kerana faktor kehamilan atau lebih dikenali sebagai shotgun wedding.
Istilah itu sering digunakan untuk menggambarkan situasi apabila wanita hamil sebelum bergelar isteri.
Bagaimanapun, pada 11 September lalu, Jong Kook tampil berkongsi sebuah video yang memaparkan aktiviti menjelang hari perkahwinannya termasuk detik dia memberitahu barisan ahli tetap program Running Man mengenai keputusan besar dalam hidupnya itu.
Dalam rakaman sama, Jong Kook turut memohon maaf kerana memilih untuk mengadakan majlis secara tertutup selain menegaskan tiada isu kehamilan luar nikah berlaku.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube