PENYANYI Indonesia, Lesti Kejora menafikan dakwaan sudah mula bersikap sombong sejak namanya mendapat perhatian dalam industri hiburan.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Lesti mengaku berdepan cabaran dalam menyeimbangkan peranan sebagai ibu dan selebriti ketika ini.
Kata Lesti, dia kini perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang ingin dibuat.
Lesti banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
"Mohon maaf, bukan bermaksud sombong atau berasa hebat, tapi melibatkan segala sudut.
"Apatah lagi sekarang ini saya sudah berkeluarga. Saya tidak boleh abaikan suami dan anak," katanya dalam podcast Butik Haji Igun yang dimuat naik menerusi saluran YouTube Comic 8 Revolution.
Dalam masa sama, Lesti mengaku janggal untuk bersosial terutama ketika kali pertama berjumpa dengan individu tidak dikenali.
ARTIKEL BERKAITAN:Bakal timang anak perempuan, Lesti Kejora gementar mahu bersalin secara pembedahan
ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar naik angin, tak puas hati netizen gelar Abang L ‘anak kaki pukul’
"Bukan tak nak bergaul dengan rakan-rakan, tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan. Tapi bila dah kenal, tak boleh berhenti bersembang," katanya.
Tambah Lesti, sebagai anak seni dia terbuka dengan segala tegutan terhadap dirinya.
"Saya terima setiap kritikan. Kalau ada masalah, saya perlu selesaikan," katanya.