PELAWAK dan pelakon India, Kiku Sharda berkongsi kisah sedih apabila gagal menjawab panggilan telefon terakhir ibunya sebelum disahkan meninggal dunia.
Kiku berkata, perkara itu berlaku ketika dia berada di Amerika Syarikat kira-kira dua tahun lalu.
"Saya berada di Amerika Syarikat semasa ibu saya meninggal dunia. Masa itu saya di lapangan terbang, orang datang minta gambar.
Gandingan duo pelawak terkenal India, Kiku dan Krushna.
"Saya tak jawab panggilan terakhir ibu kerana sibuk dan fikir nak hubungi dia keesokan harinya. Malangnya esoknya itu ibu sudah tiada," katanya sebak dalam rancangan realiti Rise And Fall.
Tambah Kiku, dugaan semakin berat apabila bapanya turut meninggal dunia 45 hari selepas itu kerana tidak mampu menanggung kehilangan isteri.
"Ayah saya tidak mampu menerima kehilangan. Selepas umur tertentu, pasangan hidup itu tak boleh diganti.
ARTIKEL BERKAITAN: Accapan Bimbang Tiada Pelapis Pelawak India
ARTIKEL BERKAITAN: Sesal tak sudah... Ibu dah meninggal, anak kerja di stesen minyak baru sedar tak baca mesej terakhir dihantar arwah ketika hari lahir
"Saya tidak tahu kehidupan orang lain, tapi tolong berada dekat dengan orang tersayang, luangkan masa dengan mereka dan hubungi mereka selalu," katanya.
Untuk info, Kiku merupakan pelawak tetap dalam rancangan bual bicara komedi popular, The Great Indian Kapil Show.