suria

Park Bom cetus kebimbangan peminat, sekali lagi 'tag' Lee Min Ho di Instagram

Park Bom mewujudkan spekulasi percintaan antara dirinya dan Lee Min Ho.

BEKAS anggota kumpulan 2NE1, Park Bom kembali mencuri perhatian peminat apabila sekali lagi 'tag' nama aktor Korea Selatan, Lee Min Ho dalam hantaran terbaharunya di Instagram pada Ahad. 

Menerusi perkongsian itu, Park Bom memuat naik beberapa foto dirinya keluar bersiar-siar. 

Penyanyi berusia 40 tahun itu tampil kasual mengenakan singlet hitam bersama rantai. 

Park merupakan anggota kumpulan legenda k-pop, 2NE1 selain CL, Dara dan Minzy.

Namun apa yang menarik perhatian ramai bukanlah gaya Park Bom, sebaliknya tindakan dia 'tag' Lee Min Ho dalam hantaran berkenaan.

Tindakan itu sekali gus mengingatkan peminat kepada insiden tahun lalu apabila Park Bom memanggil Lee Min Ho sebagai 'suami' hingga mencetuskan khabar angin kononnya mereka menjalin hubungan. 

Bagaimanapun ketika itu agensinya menjelaskan perkara tersebut sekadar gurauan. Lee Min Ho turut menafikan sebarang kaitan peribadi dengan Park Bom. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho tak kenal Park Bom secara peribadi, gosip dah jadi suami tidak berasas

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom 2NE1 sekali lagi dakwa Lee Min Ho suaminya, netizen minta jumpa psikiatri

Susulan beberapa insiden yang berlaku, ramai peminat meluahkan rasa bimbang terhadap kesihatan mental Park Bom. 

"Adakah kesihatannya benar-benar okay?"

"Ini nampak agak membimbangkan," antara komen peminat.

Untuk rekod, Park Bom baru saja mengumumkan berehat daripada aktiviti seni pada Ogos lalu atas faktor kesihatan manakala 2NE1 kini aktif dengan tiga ahli iaitu CL, Dara dan Minzy. 

Artikel Lain