suria

Marshanda dakwa pengurus bawa lari wang, dikhianati orang terdekat

Marshanda pernah dikhianati oleh pengurusnya sendiri.

AKTRES Indonesia, Marshanda berkongsi kisah titik terendah dalam hidupnya ketika menjadi tetamu di saluran YouTube Helmy Yahya Bicara. 

Dalam temu bual tersebut, bintang filem Gendut Siapa Takut? itu mendedahkan dia berdepan pelbagai pengalaman pahit termasuk pengkhianatan orang terdekat, masalah kewangan akibat pengurusan selain pergolakan spiritual yang mengubah hidupnya. 

"Banyak (momen yang menjadi titik terendah saya). Saya dikhianati orang terdekat, semua wang hasil kerja keras bertahun-tahun hilang dibawa lari pengurus, hak saya tidak diberikan,"katanya. 

Pelantun lagu Segalanya itu mengakui kontroversi yang melanda dirinya menutup pintu rezeki dalam bidang lakonan.

Marshanda yang popular menerusi drama Bidadari itu turut mengakui tindakannya membuka tudung pada tahun 2014 kerana sedang mencari makna hidup sebenar, namun langkah itu mengundang reaksi negatif dan menjejaskan kerjayanya. 

"Saya kerja, ramai yang takut untuk ambil saya kerana kontroversi. Tiga bulan saya sepi tanpa kerja dan langsung tiada wang. 

"Saya sampai diberi tempat tinggal oleh seorang kenalan kerana simpati dengan keadaan saya,"katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sedih selepas tunang meninggal dunia, Marshanda terfikir nak hilangkan diri...Mahu jual semua identiti

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perlindungan insurans, Marshanda ‘struggle’ cari duit ubati kanser

Katanya lagi, tekanan hidup bertambah apabila dia dihujani kecaman serta tuduhan berat sehingga menjejaskan emosi dan hak asuh anak. 

"Ketika itu saya trauma, dikecam satu negara, dipanggil 'janda sesat', disuruh 'mati'. 

"Orang terdekat juga mengkhianati saya. Itu titik terendah hidup saya,"katanya. 

 

Artikel Lain