suria

Pelakon lelaki meninggal dunia dalam tidur

Punca kematian mendiang masih lagi dirahsiakan.

PELAKON Robert Redford dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Sundance, Utah, Los Angeles pada Selasa. 

Khabar duka itu dikongsikan oleh juru cakap Cindi Berger yang memaklumkan aktor berkenaan menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur. 

Bagaimanapun punca kematian mendiang tidak didedahkan.

Robert meninggal di kediamannya.

"Robert Redford meninggal dunia pada 16 September di kediaman yang menjadi tempat yang paling dicintai dan dikelilingi insan-insan tersayang," katanya.

Mendiang yang meninggal dunia pada usia 89 tahun memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada akhir tahun 1950an. 

Namanya melonjak naik selepas membintangi filem ikonik Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969) bersama Paul Newman.

Pada tahun 1970-an dan 1980-an, beliau menjadi antara pelakon lelaki paling terkenal di Hollywood menerusi filem The Sting, The Way We Were, All the President Men dan Out Of Africa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon watak ‘Chucky’ meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita meninggal dunia, ditemukan kaku tidak bernyawa

Dia kemudiannya bergiat aktif di belakang tabir sebagai pengarah, dan memenangi Oscar untuk Pengarah Terbaik menerusi filem Ordinary People (1980).

Pada tahun 1981, Redford menubuhkan Sundance Institute yang menyokong pembikin filem bebas dan melahirkan Festival Filem Sundance yang kini diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Mendiang juga aktif dalam isu alam sekitar dan sosial menjadikannya bukan sekadar bintang filem, tetapi juga seorang aktivis berpengaruh.

Robert mengumumkan persaraan daripada lakonan pada tahun 2018 selepas filem The Old Man & the Gun.

Artikel Lain