suria

Wulan Guritno dikecam, aksi ranjang buat netizen muak

Ramai mula rimas Wulan suka berlakon watak wanita miang.

TIDAK serik melakonkan watak seksi dan penggoda, pelakon Wulan Guritno sekali lagi menjadi sasaran kecaman netizen yang mendakwa tidak sedar dirinya sudah berusia. 

Terbaharu aksi ranjang bersama pelakon lelaki muda dalam drama terbaharu menimbulkan rasa muak dalam kalangan netizen yang menganggap lakonannya keterlaluan dan tidak lagi sepadan dengan umur.

“Selalu sangat berlakon macam ini, nampak macam makcik kurang kasih sayang pula,” tulis seorang pengguna media sosial.

Wulan Guritno dikecam suka berlakon watak ghairah.

Dalam drama berjudul Mama-Mama Pengejar Cinta, Wulan membawakan watak wanita penggoda bernama Adia bergandingan dengan Masayu Anastasia dan Asri Welas.

Bukan kali pertama dikecam, sebelum ini Wulan turut menerima kritikan hebat menerusi drama dan filem Open Bo serta Jakarta City of Dreamers yang dikatakan sarat unsur seksual keterlaluan.

Malah, ada juga yang menuduh pelakon berusia 44 tahun itu sanggup menayang tubuhnya demi meraih perhatian dan merangsang kaum lelaki. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno jadi sasaran lelaki miang, ruang komen di IG penuh komen nakal

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tambah anak lagi, Wulan Guritno buat prosedur pembekuan telur

“Dia tidak kisah pun berlakon apa, macam sengaja nak tayang badan bagi lelaki terangsang.

"Muka Wulan nampak sudah kendur, maaf cakap memang nampak tua. Tapi tetap cantik sebab badan jelas dijaga rapi,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Artikel Berikut

Artikel Lain