PELAKON terkenal Korea Selatan, Kim Woo Bin meraih pujian peminat apabila sanggup mengeluarkan belanja untuk makan malam mereka tanpa pengetahuan.
Kisah itu tular selepas seorang peminat mendedahkan pengalaman menyentuh hati ketika menghadiri acara tanda tangan bersama Woo Bin pada 14 September lalu.
Menurut peminat berkenaan, dia secara tidak sengaja memberitahu mahu kelur makan malam bersama beberapa rakan selepas acara itu selesai.
Kim dilaporkan menjalin hubungan dengan aktres Shin Min Ah sejak 2015 lagi.
"Saya telah menjadi peminat Kim Woo Bin lebih 10 tahun. Banyak sangat perkara baik yang saya dengar, tetapi hari ini betul-betul tersentuh.
"Woo Bin mengetahui nama restoran yang kami mahu pergi. Dia terlebih dahulu ke sana dan membayar semua makanan," tulis peminat itu di media sosial.
Lebih mengejutkan, Woo Bin bukan sekadar membayar set hidangan yang ditempah, malah menaik taraf kepada menu paling mahal yang disediakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah 10 tahun bercinta tapi Kim Woo Bin dan Shin Min Ah belum ada perancangan kahwin
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Woo Bin kongsi perjuangan lawan kanser... Doktor ramal hidup cuma 6 bulan sahaja
"Bayangkan kami makan lobster dan stik sambil menitiskan air mata. Woo Bin benar-benar ikhlas dengan peminatnya,"katanya.
Kisah itu mendapat perhatian ramai kerana menggambarkan sikap rendah hati pelakon drama The Heirs itu yang sering dianggap menghargai sokongan peminat.
Sementara itu, Woo Bin bakal tampil dalam drama terbaharu Netflix berjudul Genie, Make a Wish yang dijadual menemui penonton pada Oktober ini.