PELAKON Korea Selatan, Moon Ga Young mencuri perhatian di media sosial selepas tampil dengan gaya fesyen yang dianggap keterlaluan ketika berada di lapangan terbang.
Penampilan Ga Young meraih perhatian netizen selepas gambarnya memakai slip dress rona satin dan renda lengkap dengan jaket bomber serta but tinggi paras lutut menjadi tular.
Difahamkan, pelakon itu dalam perjalanan ke Indonesia untuk menghadiri sebuah acara jenama mewah.
Pakaian dipakai Ga Young dikatakan macam baju tidur.
Bagaimanapun penampilannya yang disamakan seperti pakaian dalam menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.
"Ini bukan gaya yang sesuai... memang macam baju tidur.
“Mekap dan gaya pakaian dia langsung tak kena. Walaupun cantik, tapi memang tak sesuai dengan dia.
“Itu memang slip dress... dia betul-betul keluar rumah pakai tu je?
“Kenapa dia pakai pakaian dalam untuk ke lapangan terbang?," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaun lutsinar Moon Ga Young macam baju dalam, peminat syak pakai sebab terpaksa
ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan di set penggambaran 'True Beauty' ajar Moon Ga Young banyak perkara, minta peminat tonton drama lama jika rindu
Menurut portal fesyen antarabangsa, gaun yang dipakai Moon Ga Young itu adalah rekaan Dolce & Gabbana dan disenaraikan secara rasmi sebagai slip dress iaitu sejenis pakaian yang biasanya dipakai di dalam atau sebagai pakaian tidur.
Netizen turut membandingkan penampilannya dengan model asal di laman web jenama tersebut hingga ada berpendapat mungkin Ga Young mendapat inspirasi terus daripada foto promosi itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube